Thursday, November 5, 2009

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian

Hari Sabtu 7 November SK Tebok Jawa akan mengadakan sukan dwitahunan yang ke 22. Minggu ini guru dan murid sebok dengan sessi pemilihan peserta dan juga latihan. Hanya dalam tempoh seminggu sahaja latihan dapat di jalankan sebab pada minggu lepas peperiksaan akhir tahun di jalankan.

Risiko yang diambil bila sukan diadakan pada hujung tahun ialah cuaca hujan yang melanda.

Dengan keadaan padang yang dhaif,maka beginilah situasi yang berlaku.


Malang bagi peserta yang dapat lorong di bawah,sepecut mana larian,akan terganggu konsentrasinya.



Kalau budak-budaklah jua,mana boleh tahan, lubuk di depan mata.Bila dapat merasa berkubang macamni, ini pemandangan waktu pagi di hari pertama latihan,air lopak sejernih air kali,bila tiba hari ke empat,lopak sudah menjadi seperti petak bendang.Bau apalah lagi.

1 comment:

  1. Teringat waktu aku sekolah rendah dulu...di sk Tun Dr.Ismail..bukan kat KL tu..Kat Tebuk Pulai Sabak Bernam jer...

    Bila hujan akan banjir...kami masing-masing buka kasut berjalan-jalan di tengah londang. Mereka yang bawa basikal...berbasikal le kat banjir. Bersih basikal...

    Cikgu-cikgunya sinsing kain belah dan seluar takut basah.

    Seronoknya bila teringat hingga kadang-kadang termasuk dalam mimpi....

    ReplyDelete