Tuesday, November 20, 2012

Keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR telah diumumkan pada 19 November 2012.

Seramai 3 orang pelajar telah berjaya mendapat 5A iaitu

  • Mohamad Tahlaith b. Mashudi
  • Nurul Syafiqah bt Hairul Nizam
  • Nurliana bt Huzhuri

Seorang mendapat 4A 1B
  • Siti Nur Zulaiha bt  Mohd Zamzami
  • Fatin Fatini 

Bersama guru kelas tahun 6 Cikgu Khalimah bt Kastor. Dari kiri Siti Nur Zulaiha,Nurul Syafiqah,Nurulaina dan Mohd Thalith.



Bersama pelajar lain yang mendapat 3A 1B.Nurul Najua,Zulfa Riahana,Nur Athirah Fatihah,Siti Nur Zulaiha,Norashirin,Khalisa,Syafiqah,Mohd Thalit dan Nurulaina.Tiada dalam gambar Fatin Fatini




Tahniah kepada yang berjaya,pada yang lain, masih ada masa yang panjang untuk berjuang.

Thursday, November 8, 2012

Persaraan Cikgu Haji Suparman bin Salleh.

Tn Haji Suparman akan bersara pada 21 November 2012.Oleh kerana pada hari tersebut jatuh pada hari cuti sekolah maka Hari Persaraannya telah diraikan pada 7 November 2012.



Beliau lahir di   Hutan Melintang Perak pada 23.11.1956.Setelah menamatkan pengajian di MPSI pada 3.1.1978, beliau ditugaskan mengajar di SK Teluk Rhu. Pada 1.2.1984 beliau telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa. Pada 16.7.2004 beliau telah mendapatkan pelantikan dari Kementerian pendidikan sebagai GPK HEM di SK Sawah Sempadan,Tanjung Karang.  Beliau kembali ke sekolah Kebangsaan Tebok Jawa mulai 1.6.2008 sebagai GPK HEM sehinggalah bersara pada 21 November 2012.. 

Beliau adalah seorang guru yang sangat komited dalam pekerjaan. Mempunyai hubungan yang akrab dengan rakan sejawat,dan amat perihatin pada pelajar. Dunia pendidikan amat terasa kehilangan atas persaraannya. Semoga beliau menempuh hari persaraan dengan limpahan kerahmatan Ilahi.

Sebelum persaraannya disambut di peringkat sekolah,pihak Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan telah meraikannya di Pusat Akaun Negara pada 2 hari sebelumnya.








 Pada Sambutan Hari Persaraannya ramai tetamu turut hadhir. Sambutan dijalankan dengan lancar dan suasana sayu menyelubungi  majlis. Kehilangan sangat dirasakan oleh semua.





Melepaskan burung sebagai lambang bebas dari tugas-tugas perguruan.