SPBT

" Selamat Datang ke Halaman SPBT (BOSS) "

LATARBELAKANG PENUBUHAN BILIK BOSS SKTJ

  Sebelum wujudnya Bilik BOSS yang ada sekarang ini, segala operasi berkaitan dengan Skim Pinjaman Buku Teks dilakukan di bilik guru dengan menggunakan ruang-ruang yang ada sebagai tempat penyimpanan (stor) buku teks yang dibekalkan mahupun lebihan buku.

   Bilik BOSS yang ada sekarang telah memudahkan segala urusan penyimpanan buku teks serta pengumpulan dan penyimpanan data dan maklumat berkaitan SPBT. Dengan wujudnya jawatankuasa dari kalangan pentadbir sekolah dan guru dibantu oleh jawatankuasa pelajar, bilik BOSS telah Berjaya dibangunkan, ditingkatkan tahap kecekapan operasinya dan diceriakan serta diuruskan dengan baik selaras dengan aspirasi SPBT itu sendiri.

VISI BOSS SKTJ

" Berupaya mengurus SPBT SK Tebok Jawa dengan cemerlang mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian dan Jabatan Pelajaran."

MISI BOSS SKTJ

Berhasrat menjadikan BOSS:
  • Disegani kerana urusan yang mudah dan mesra pengguna
  • Sentiasa diuruskan dengan cekap, ceria dan berkesan.

PIAGAM PELANGGAN BOSS

  • Memastikan setiap murid yang layak mendapat buku teks dapat menerimanya berpandukan peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia. 
  • Dapat mengagihkan buku-buku SPBT kepada murid yang layak selewat-lewatnya seminggu sebelum cuti akhir tahun. 
  • Memastikan pemulangan buku-buku SPBT oleh murid yang layak disempurnakan dua minggu sebelum cuti akhir tahun. 
  • Memantau dan memastikan buku-buku SPBT dijaga dengan sempurna. 
  • Sentiasa memastikan semua urusan berkaitan SPBT dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) disempurnakan sebaik mungkin. 
  • Mengurus dan mengemaskini Buku Stok SPBT mengikut peraturan. 
  • Sentiasa meningkatkan kecekapan pengurusan SPBT sekolah.

    No comments:

    Post a Comment