TAMAN HERBA

TAMAN HERBA SPBT

    Trend penanaman herba secara sebagai tanaman hiasan adalah masih baru. Kebanyakan tumbuhan landskap yang terdapat di bandar-bandar merupakan tumbuhan ornamental yang mempunyai nilai estetik yang cantik dan menarik. Tidak banyak tumbuhan aromatik dan herba yang digunakan sebagai sebahagian daripada tanaman landskap. Keindahan landskap akan lebih menarik jika tumbuhan hiasan turut diselang-selikan dengan tumbuhan aromatik dan herba sebagai salah satu identiti yang mempunyai nilai eksotik untuk menunjukkan kekayaan sumber alam semulajadi negara ini yg sudah tentu mempunyai khasiat tersembunyi.

      Oleh yang demikian, pihak SPBT SK Tebok Jawa telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah taman herba dimana ianya dapat menambahkan lagi keindahan landskap di kawasan sekolah ini.




Tips Merekabentuk Lanskap Herba

      Untuk memperindah lanskap, kita boleh mencuba Konsep Edible Garden (taman yang boleh dimakan) telah diperkenalkan oleh MARDI. Konsep ini sesuai dgn gaya hidup penghuni kota yang sentiasa sibuk kerana prosesnya mudah, taman tidak perlu diselenggara setiap hari sebaliknya hanya menggunakan peralatan “timer” yang mengairi dan membajai mengikut masa yang telah ditentukan.Tanaman yang sesuai ditanam ialah yang bercambah dalam jangka masa pendek seperti sawi, tomato, pudina, serai,pandan,terung  dan sebagainya.

   Menariknya konsep taman seperti ini lebih menggunakan kaedah fertigasi, iaitu yang berasaskan hidroponik (menanam tanpa menggunakan tanah). Kebaikannya, tanaman tidak dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium Rhizoctonia dan penyakit layu daripada bakteria  di bawah tanah. Tanaman juga dapat ditanam di mana-mana ruangan tanah, asalkan mendapat cahaya matahari untuk fotosintesis.

     Selain kaedah fertigasi, kaedah minifertigasi turut diperkenalkan. Kaedah ini lebih mudah dengan hanya menggunakan sekam bakar dan habuk sabut kelapa di samping medium lain seperti pasir dan batu granit.

     Akhir kata, tips merekabentuk taman herba anda adalah (1) memastikan gabungan yang sesuai seperti  bunga tahi ayam dan tomato.(2) Untuk kesan eksotik, buatkan pergola dan gantung pokok anda. (3) gunakan sabut kelapa  kering   untuk menutup celah-celah ruang.

     Ini sekadar tips ringkas, bagaimana pula dengan ANDA? Pasti anda lebih berinformasi tentang taman herba.