Thursday, March 25, 2010

Kejohanan Bola Jaring MSSD(R) Sabak Bernam 2010



Pada 24 Mac telah MSSD telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring MSSD(R) Sabak Bernam 2010,Bertempat di SK Simpang 4 BNO,Sabak Bernam sebagai tuan rumah. Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut. Mereka turut mengambil bahagian dengan semangat kesukanan, berjaya memasuki peringkat separuh akhir.Walaupun bertemu dengan pasukan gergasi dari sekolah bandar seperti SK Sri Makmur dan SK Sri Utama. Pasukan SKTJ tidak membawa pulang jaringan kosong. Setiap perlawanan mendapat jaringan. Tahniah juga kepada para jurulatih bola jaring di ketuai oleh Pn Dewi Puspita dan dibantu oleh Cikgu Hafizun dan Cikgu Hasimah,yang masih segar bersemangat demi memberi pengalaman kepada anak didik mereka. Semangat Cikgu-cikgu di harap akan memberi suntikan kepada guru-guru yang baru.Ketahuilah apabila kita terjun kedalam bidang perguruan pengorbanan kita bukan hanya dari segi masa tetapi juga wang ringgit dan kesungguhan.



Kagum dengan kesungguhan pemain.


Setiap kali tamat permainan,bersalaman dengan para pengadil.


Pasukan Bola jaring SKTJ


Bersama Jurulatih Cikgu Dewi Puspita dan Cikgu Hafizun,Cikgu Hasimah mengambil gambar..


Pasukan pemain dan pasukan pelapis 2011.Semoga pasukan pelapis 2011 mendapat inspirasi dari pengalaman mereka melihat sendiri pasukan dari sekolah lain beraksi.

Saturday, March 13, 2010

SAMBUTAN MAULUDUR RASUL SAW PERINGK AT SEKOLAH

Tarikh:12 MAC 2010 BERSAMAAN 26 RABIUL AWAL 1431
Hari: Jumaat
Masa: 9.15 pagi - 12.oo tengahari
Penceramah: Ust Hj Ahmad Zamri b Shamsuddin(Penolong Pengarah Bahasa Arab,Jabatan Pelajaran Selangor)
Anjuran :Panitia Pendidikan Islam, SK Tebok Jawa.

Aturcara

9.15pagi-Perarakan
10.10pagi-Majlis dimulakan
-Alunan Nasyid dan Salawat.
-Ucapan perasmian
-Ceramah
-Kuiz
-Jamuan










Sabda Nabi SAW"DAri Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulillah bersabda :Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."(Hadis At-Tirmidzi)

Sunday, March 7, 2010

KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2010







Ustazah Suhana (Guru J Qaf)

Ustaz Abd RAzak(Aktiviti Kumpulan)


Latihan Solat



Tuesday, March 2, 2010

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan






Julung-julung kali pihak sekolah mengadakan majlis Penyerahan Watikan Pengawas,Pustakawan dan Ketua serta penolong Ketua Kelas dengan memanggil Pihak Polis sebagai perasmi. Pada kebiasaannya hanya Guru Besar yang menyampaikan. Memandangkan kadar jenayah yang semakin berleluasa di persekitaran pelajar sekolah,maka satu keputusan yang bijak telah di putuskan oleh pihak HEM untuk sekolah sentiasa berhubung rapan dengan pihak polis bagi membendung gejala yang membimbangkan ini. Dalam ucapan perasmian Sarjan 116341 Fuad b Abdul Wahid antaranya mengingatkan agar mereka yang telah dilantik menjaga amanah. Mudah-mudahan pelajar-pelajar yang keluar dari sekolah ini terdidik dalam suasana amanah dan menjauhi rasuah.