SEJARAH SEKOLAH









SEJARAH SEKOLAH






Sekolah Umum Tebok Jawa telah mula didirikan seawal tahun 1947. Didirikan oleh penduduk kampong diketuai oleh Ketua kampong Tn Hj Abd Moin b Ali Rejo dan ketua kampung Tebok Mufrad iaitu Tn Hj Khabib bin Hj khalil.Lokasi awal adalah terletak 1 km dari tapak sekolah sekarang. Imbuhan guru-guru adalah hasil dari kutipan ibu bapa dan penduduk kampong.


Pada tahu 1951 Pejabat Pelajaran Selangor telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini. Dua orang guru lulusan maktab telah dihantar termasuk guru besarnya iaitu En Satiman bin Sarfan.Maka Wujud Sekolah Kebangsaan Tebok jawa.


Pada tahun 1957 Lembaga Pengurus sekolah telah di tubuhkan. Kata sepakat telah di persetujui untuk membina bangunan sekolah di tapak yang sekarang ini di Lot 4901 Sabak Bernam. Bangunan mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik guru seluas 100 X 30 kaki.

Bangunan baru mula digunakan pada tahun 1961 dan dirasmikan oleh menteri Besar Selangor pada 19.6.1961.

Pada tahun 1972 sebuah lagi bangunan,sebuah kantin dan dua buah rumah guru telah dibina.Bangunan ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad iaitu Menteri Pelajaran ketika itu pada 22 Mac 1976 .

1981 pejabat dan bilik guru di bina. 1989 Bilik Pusat Sumber di bina. Bangunan dua tingkat mengandungi bilik darjah,tandas dan makmal sains dibina pada tahun 1999.Bangunan makmal komputer telah siap dibina tahun 2002.Pada tahun 2003 Pra sekolah telah memulakan sessi.  2003 pula sebuah surau telah berjaya dibina.