Friday, November 20, 2009

Selamat Bersara........



Selamat bersara kepada En Rostam Sharum b Tawab(Pak Tam),Kerani sekolah bertugas di SK Tebok Jawa sejak tahun 1990 hingga sekarang

Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Inang-inang padi pak daik
bunga padi tak sama bentuknya
sungguh dikenang budi yang baik
takkan dilupa selama-lamanya…

Wednesday, November 18, 2009

Syabas!

Keputusan UPSR 2009
Mendapat 5A

Nah Izzati Itqan bt Nah Rodzi
Mohd Sobri b Mashudi
Anis Nazahah bt Mohd Amin

4A 1B
Mohd Fadhil Rusdan b Zulkifli
Rafidah bt Rashid

Peratus pencapaian UPSR 82.9%


Tuesday, November 17, 2009

AKTIVITI TRADISI SETIAP AKHIR TAHUN



Tuesday, November 10, 2009

Penghujung yang semakin sebok




  • Sebelum ini sering diperkatakan bahawa diantara sebab kemerosotan disiplin pelajar ialah apabila guru-guru terlalu banyak kerja sampingan ataupun guru-guru menghadhiri kursus dan sebagainya menyebabkan P&P tidak dapat berjalan lancar. Pelajar terlalu banyak luangan masa untuk mereka bermain terutamanya selepas musim peperiksaan.Di penghujung tahun begini,setelah peperiksaan akhir tahun berlangsung,tentunya guru-guru sebok menguruskan keputusan peperiksaan seterusnya menyediakan kad prestasi,kad PLBS dan berbagai-bagai jenis kad lagi yang akan di persembahkan kepada ibubapa nanti.Sukatan pelajaran pun telah tamat,buku-buku teks pun telah dipulangkan dan di susun di bilik BOSS. Guru-guru yang berkursus pun silih berganti,di hujung tahun begini barulah peruntukan untuk aktiviti PPD turun,jadi tiap-tiap unit di PPD pun berebut-rebut mencari hotel untuk diisi dengan guru-guru bagi mengikuti kursus yang rancangkan.
  • Bagi pelajar pula ini adalah hari meredeka pada mereka.Bagaimana mereka boleh duduk diam di atas kerusi tanpa apa-apa aktiviti yang dijalankan.Jadi janganlah disalahkan mereka jika mereka bising dan berbuat onar sesuka hati.
  • Menyedari perkara ini pihak sekolah telah mengarahkan unit Bimbingan dan Kaunsling untuk merencang sesuatu program. Menyedari murid tahap 2 sudah mula memasuki awal remaja,maka mereka perlu didedahkan dengan perkara-perkara yang baru dalam kehidupan awal remaja.Bagi pelajar perempuan pula,mereka telah mulai mengalami beberapa perubahan dalam hidup mereka.Mereka juga perlu di beri bimbingan bagaimana mengatasi apa-apa jua perubahan yang berlaku.Apakah hak-hak mereka sebagai remaja wanita.Bagi pelajar lelaki pula,mereka perlu diberi pengetahuan tentang remaja dan tanggungjawab mereka.
  • Pada hari ini pelajar lelaki dan perempuan di pisahkan,bagi yang lelaki dikumpulkan dalam satu kelas di bawah pimpinan Ustaz Razak dan bagi perempuan pula di dewan di bawah pimpinan Ustazah Rosnah.Di sini mereka boleh bersoaljawab dengan bebas mengenai apa jua masalah yang mereka hadapi.
  • Semoga mereka memasuki alam remaja dengan penuh cemerlang.

Program Menangani Masaalah Juvana




Unit Bimbingan dan Kaunsling SK Tebok Jawa telah mengadakan Program Menangani Masaalah Juvana. Penceramahnya ialah Sarjan Mohd Noor Izhan bn Mohd Sabri Dari Balai Polis Sabak Bernam

Ceramah bermula jum 10.30 hinga 12.00 tengahari.Murid-murid didedahkan dengan pengetahuan apa itu jenayah, jenis- jenis jenayah dan hukuman bagi jenayah yang di lakukan.Penyampaian yang amat baik disertakan slaid-slaid dari persembahan powerpoint yang cantik,menarik minat murid untuk mengikuti isi ceramah hingga tamat.

Di akhir ceramah di adakan kuiz berkaitan pengetahuan am, tentang keselamatan dalam negeri.Murid-murid berebut-rebut menjawab soalan untuk mendapatkan hadiah yang di sediakan oleh pihak polis sendiri.

Program sebegini patut sering dijalankan di semua sekolah kerana ada di kalangan murid-murid yang tidak menyedari bahawa mereka juga terlibat, samada melakukan atau mangsa jenayah.

Friday, November 6, 2009

Pasangan seiras


Hanya insan yang rapat dengan mereka sahaja yang dapat membezakan yang mana satu Nazren(Aren)yang mana satu Nazrun(Arun)Yang mana satu Azli Aizat(Abang) yang mana satu Azri Aizat(Adik). Mereka berempat ni murid tahun 5 yang terkenal dihuni oleh peria-peria aktif.

Arun dan Aren si kembar yang tidak sekata sehati,Aren akan mengadu pada cikgu "Cikgu,Arunkan,dia tak buat kerja" Arun pulak "Cikgu Arun kan dia ambik pensel cikgu bawak balik"

Cikgu pernah bertanya pada meraka berdua "Arun,Aren,kamu berdua kan pernah duduk dalam perut emak sama-sama? kenapa suka gaduh?Arun sayang kat Aren?" "Sayang"Jawab Arun. Aren menyampuk "Mananya sayang,dia selalu buat pasal"."Habis Aren sayang tak pada Arun?" tanya cikgu lagi. "Sayang lah jugak". "Owh jadi Aren sayang kat Arun.Arun pulak sayang kat Aren,tapi dua-duanya sayanglah,kalau cikgu ambik Arun duduk rumah cikgu jadi anak cikgu Aren bagi tak?". Kedua-duanya geleng kepala serentak.


Abang dan Adik pula si kembar yang saling melindungi satu sama lain,ada kala Adik akan beri Abang meniru semasa peperiksaan.Abang pula rela mengoyakan ukunya untuk di beri pada Adik yang tidak membawa buku latihan.Jangan ada sesiapa yang menggangu kedua mereka kerana Abang atau Adik pernah memberi tendangan kilat pada pengganggu pasangan mereka.

Cikgu yang tidak punya pengamatan yang kurang baik akan memanggil kedua-dua mereka bila berkomunikasi dengan mereka.

Thursday, November 5, 2009

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian

Hari Sabtu 7 November SK Tebok Jawa akan mengadakan sukan dwitahunan yang ke 22. Minggu ini guru dan murid sebok dengan sessi pemilihan peserta dan juga latihan. Hanya dalam tempoh seminggu sahaja latihan dapat di jalankan sebab pada minggu lepas peperiksaan akhir tahun di jalankan.

Risiko yang diambil bila sukan diadakan pada hujung tahun ialah cuaca hujan yang melanda.

Dengan keadaan padang yang dhaif,maka beginilah situasi yang berlaku.


Malang bagi peserta yang dapat lorong di bawah,sepecut mana larian,akan terganggu konsentrasinya.



Kalau budak-budaklah jua,mana boleh tahan, lubuk di depan mata.Bila dapat merasa berkubang macamni, ini pemandangan waktu pagi di hari pertama latihan,air lopak sejernih air kali,bila tiba hari ke empat,lopak sudah menjadi seperti petak bendang.Bau apalah lagi.