Wednesday, February 27, 2013

GURU BESAR BARU




Sekolah telah mendapat seorang Guru Besar Baru. Beliau adalah Cikgu Mohd Yusof b Abdul. Sebelum ini beliau berkhidmat di Unit Akademik di Jabatan Pelajaran Selangor. Sepatutnya beliau mula bertuga pada 1 February yang lalu. Disebabkan perkara yang tidak dapat di atasi maka beliau mula hadhir pada  27 Februari. Semoga dengan kehadhiran beliau bertugas di sini,sekolah  akan sentiasa mendapat nilaitambah dalam semua bidang.

Sunday, February 17, 2013

Kejayaan-kejayaan



 Sekali lagi Sekolah Kebangsaan Tabok Jawa meraih kejayaan-kejayaan dalam
 beberapa acara yang disertai dalam kejohanan MSSD  Sabak Bernam pada 1 hingga 5 Februari 2013.

Diantaranya ialah

Catur bertempat di SK Seri Utama.

Tempat ke 3 berkumpulan lelaki
1. Muhammad Ikhwan Shah B Mohamed Salimi Tahun 6
2. Mohammad Syahmi B Rosli tahun 5
3. Mohamad Fauzan  Muazzam Bin Anuar tahun 5
4. Nah Aqil Hazmi Bin Ahmad Nah Rodz itahun 4



Memanah bertempat di SAM Sungai Haji Dorani.

Johan Memanah Daerah Sabak Bernam.
Ahmad Pirdaus Bin Saifullah




Ping-pong bertempat di SJK Sin Min.

1.Johan Bukan Cina- Muhammad Altaf  B Mohammad Mohdzir
2.Naib Johan Bukan Cina- Muhammad Ammar Iskandar Bin Mat Nuri

Bergu
1.Johan Bergu Bukan Cina- Nah Thaqif Rusyaidi B Ahmad Nah Rodzi     
                                -Zulhilmi Bin Khairi Ajmain

2.Naib Johan Bergu Bukan Cina- Muhammad Altaf B Mohammad Mohdzir
                                                      -Muhammad Ammar Iskandar Bin Mat Nuri

3.Tempat Ke Tiga Terbuka – Muhammad Altaf B Mohammad Mohdzir

4.Naib Johan Bergu Lelaki Terbuka
                                - Muhammad Altaf B Mohammad Mohdzir
                                -Muhammad Ammar Iskandar Bin Mat Nuri





Penyampaian hadiah di sijil disampaikan pada Perhimpunan Mingguaan  18 Februari 2013 oleh Guru Kanan Pentadbiran Tuan Hj Khamsani b Baharon.

Tahniah kepada pelajara yang berjaya,kesungguhan anda amat di hargai. Semoga menjadi pemangkin kepada pelajar yang lain.

Saturday, February 16, 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 2

LADAP kali kedua telah dijalankan pada hari Sabtu 16 Februari 2013.







 Pembentang: En Megat Fauzi b Megat Ibrahim.

Apakah itu ISO? 
ISO merujuk kepada INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION.Organisasi ini adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan  organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing.Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland. ISO 9000 kini digunakan di lebih 150 buah negara di dunia.

Kenapa Pensijilan ISO perlu?
a.       Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku;
b.       Kajian semula yang berterusan ke atas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan;
c.       Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap kali;
d.       Perlaksaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan; dan
e.       Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.

Untuk memahami lebih jelas mengenai ISO boleh didapati dicapaian ini   http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=276:iso-20-soalan-asas-1&catid=64:sjk&Itemid=129 dan http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=277:iso-20-soalan-asas-2&catid=64:sjk&Itemid=129

Pembentang kedua: Ustazah Suhana bt Mohd Ali.
Tajuk :Headcount.