LOGO SEKOLAH


Penerangan Logo

Warna

Biru :Lilitan garisan luar
:Bulatan lilitan kedua sebagai tanda sebuah negeri yang beraja
:Bulatan dalam disokong dengan obor merah bermaksud wanrna bendera negeri Selangor Darul Ehsan dan melambangkan semangat kesukanan

Putih:Membawa kamsud kebersihan dan keikhlasam,juga memberi gambaran pelajar sedang membaca buku

Bentuk

-Bentuk orang sedang membaca buku dan lambang mata pena bermaksud budaya rajin membaca buku dikalangan muris0murid sekolah

-Bentuk segi empat tepat terkandung tulisan motto "BERILMU BERBAKTI:

-:Bulatan kuning disokong oleh obor sebagai maksud semangat kesukanan dan bendera Negeri Selangor.

-Bulatan pendek separuh dituliskan singkatan nama sekolah SKTJ


SEJARAH PENCIPTAAN LOGO DAN LENCANA SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa sebenarnya telah mempunyai 2 jenis logo dan lencana berbentuk bulat seperti di atas adalah logo baru yang dicipta oleh Tuan Haji Nasrumi yang merupakan Guru Penolong Kanan ko-Kurikulum pada masa itu iaitu pada tahun 1984. Pertukaran dari logo lama kepada logo baru ini adalah mengambil kira aspek keselamatan pelajar itu sendiri.

Hal ini adalah kerana bahan atau material yang digunakan untuk membuat lencana sekolah pada masa itu dibuat daripada besi. Logo lama mempunyai segi-segi yang tajam yang mana boleh menyebabkan kecederaan kepada pelajar. Jadi diatas kesedaran inilah usaha menukar logo Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa telah dilakukan dan ianya telah digunakan sehingga ke hari ini.


No comments:

Post a Comment