Tuesday, July 26, 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR

Bermula Selasa 26 hb Julai 2011,murid-murid tahun 6 seluruh Malaysia menghadapi Peperiksaan percubaan UPSR. Peperiksaan tamat pada hari khamis 28hb julai.

Bersama-samalah kita mendoakan agar mereka dapat menngadapi peperiksaan dengan mudah dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Friday, July 22, 2011

SEMINAR MENJAWAB UPSR 2011

Seminar menjawab Kertas UPSR bagi calon UPSR sedang berlangsung pada hari ini, Sabtu 22 Julai 2011,bertempat di PKG Batu 38. bermula pada jam 8.00pagi hingga 6.00petang. Seminar ini adalah anjuran Unit Kaunsling SK Tebok jawa di bawah Bahagian Hal Ehwal murid SK Tebok Jawa. Seramai 22orang calon UPSR bagi tahun 2011 ini. Seminar kali ini adalah antara siri-siri program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bagi peningkatan prestasi UPSR sekolah ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini murid akan dibawa keluar dari perkarangan sekolah untuk merasai suasana baru agar program yang dijalankan lebih berkesan. Sebelum ini sekolah pernah memilih lokasi seperti Kolej Komuniti,PKG Sabak Bernam,juga Kem-kem yang terdapat di sekitar Sabak Bernam.

Beberapa penceramah telah diundang untuk menjayakan program ini. Matematik oleh Tuan Hj Khalid bin Ali dari SRK Khir Johari. Bahasa Inggeris oleh Cik Zarina bt Mokhsin dari Sk Sri Bahagia.Sains Oleh Puan Junaidah bt Zamzam dari SK Batu 38.Bahasa Malyasia oleh Puan Hajah Radziah bt Hasbullah dari SK Sementa,Kelang.

Sebagai sokongan,semua guru-guru SK Tebok Jawa turut sama berkampung di sini agar calon-calon lebih bermotivasi. Mari kita sama-sama mendoakan calon-calon UPSR SK Tebok Jawa dapat mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini.







Monday, July 4, 2011

TEMASYA SUKAN DWITAHUNAN

TEMASYA SUKAN DWITAHUNAN
SKTJ 2011
KALI KE 23
HARI:AHAD
TARIKH:3 JULAI 2011
TEMPAT:PADANG SKTJ


PERASMIAN PENUTUP
YB DATUK ABDUL RAHMAN B BAKRI



SUKAN KOMUNITI,SUKAN UNTUK SEMUA


Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Malaysia

Larian 1 Malaysia di mulakan pada jam 8.oo pagi. Bermula di padang sekolah,dengan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar. 


Pendaftaran


 Pemberian nombor


 Aktiviti kelonggaran

 Perasmian

 Memulakan larian


Berlari
Menjamu larian

Friday, July 1, 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN


SK Tebok jawa hanya menghatar peserta untuk

  1. Membaca lancar Tahap 1
  2. Reading Tahap 2
  3. Melukis menggunakan komputer sekolah rendah tahap 1 dan 2
  4. PC Assemble Sekolah Rendah
  5. Teka silangkata,


Peserta Melukis menggunakan Komputer



Peserta PC Asamble