Tuesday, March 26, 2013

KURSUS KEPIMPINAN 2013



1.    PENGENALAN

Ciri kepimpinan boleh dibentuk dengan pelbagai cara, antaranya ialah dengan menghadiri Kursus yang bersesuaian. Kursus kepimpinan ini akan memberikan pendedahan kepada kumpulan sasaran tentang sahsiah yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin.

2.    OBJEKTIF

Objektif program ini ialah:

2.1             Melahirkan murid yang mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pimpinan pelajar seperti yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah.
2.2             Melahirkan murid yang menyedari peri pentingnya menjaga tingkah laku dan akhlaq sebagai seorang pemimpin.
2.3             Melahirkan murid yang berkeyakinan tinggi dalam membuat keputusan seperti yang telah termaktub dalam peruntukan undang-undang dan peraturan sekolah.

3.    ANJURAN

Lembaga Pengawas dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Ko-Kurikulum serta  Pusat Sumber Sekolah (PSS) SKTJ

4.    KUMPULAN SASARAN

Pengawas sekolah, Pustakawan ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pimpinan Kelab dan Persatuan, Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)

5.    TEMPAT KURSUS

Dewan Bakti Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa

6.    TARIKH PERLAKSANAAN
6.1   Tarikh                             : 23hb.Mac 2013 
6.2   Hari                                : Sabtu
6.3   Masa                             : 07.30 pagi ~ 05.00 petang


7.    STRATEGI PENGISIAN KURSUS
7.1             Ceramah
8.    Tentatif Program


MASA
AKTIVITI
07.30 – 8.00 a.m
Pendaftaran
08.00 – 8.30 a.m
Nyanyian lagu-lagu;
1.      Negaraku
2.      Negeri Selangor
3.      Lagu Sekolah
Bacaan Doa
Bacaan Ikrar
08.15 a.m
Ice –breaking
Ceramah Motivasi Kepimpinan
10.45 a.m
Minum pagi
11.00 a.m
Taklimat dan reherseal protokol Penerimaan Watikah
11.45 a.m
Perasmian Penutup dan Penyerahan Watikah Lantikan
















Semoga objektif yang disasarkan dapat dicapai sepenuhnya.

Sunday, March 3, 2013

Aktiviti Perhimpunan





Dalam perhimpunan mingguan pada minggu ini telah disampaikan hadiah dan sijil bagi pelajar yang telah membawa pulang kemenagan pada pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan di peringkat Daerah Sabak Bernam dan Negeri selangor. Acara tersebut di langsungkan untuk menjadi motivasi kepada pelajar yang lain agar menjadi pesaing kepada mereka yang berjaya.

JOHAN HAFAZAN(L) MAJLIS TADARUS AL QURAN DAERAH SABAK BERNAM(ZON B)2013
Abul Hassan  Fikri  B Mohd Sharif

JOHAN BERCERITA KISAH AL QURAN(L) MAJLIS TADARUS AL QURAN DAERAH SABAK BERNAM(ZON B)2013
Muhammad Nafil Naufal Bin Ahmad Mustain


      Muhammad Nafil Naufal sedang membuat persembahan di pentas perhimpunan





KEJOHANAN SUKAN MSS SELANGOR 2013 MEMANAH JARAK 40M(B12 LELAKI) KEEMPAT

KEJOHANAN SUKAN MSS SELANGOR 2013 MEMANAH PUSINGAN OLIMPIK INDIVIDU(B12 LELAKI) NAIB JOHAN.
Ahmad Pirdaus B Saifullah




KEJOHANAN SUKAN MSS SELANGOR 2013 PINGPONG PERSAORANGAN(L) BUKAN CINA SEKOLAH RENDAH NAIB JOHAN
Muhammad Ammar Iskandar Bin Mat Nuri


KEJOHANAN SUKAN MSS SELANGOR 2013 PINGPONG BERGU LELAKI(L) BUKAN CINA SEKOLAH RENDAH KETIGA
Muhammad Ammar Iskandar Bin Mat Nurimuhammad dan Altaf B Mohammad Mohdzir
Bersama Jurulatih yang bekerja kuat.

Wednesday, February 27, 2013

GURU BESAR BARU




Sekolah telah mendapat seorang Guru Besar Baru. Beliau adalah Cikgu Mohd Yusof b Abdul. Sebelum ini beliau berkhidmat di Unit Akademik di Jabatan Pelajaran Selangor. Sepatutnya beliau mula bertuga pada 1 February yang lalu. Disebabkan perkara yang tidak dapat di atasi maka beliau mula hadhir pada  27 Februari. Semoga dengan kehadhiran beliau bertugas di sini,sekolah  akan sentiasa mendapat nilaitambah dalam semua bidang.

Sunday, February 17, 2013

Kejayaan-kejayaan



 Sekali lagi Sekolah Kebangsaan Tabok Jawa meraih kejayaan-kejayaan dalam
 beberapa acara yang disertai dalam kejohanan MSSD  Sabak Bernam pada 1 hingga 5 Februari 2013.

Diantaranya ialah

Catur bertempat di SK Seri Utama.

Tempat ke 3 berkumpulan lelaki
1. Muhammad Ikhwan Shah B Mohamed Salimi Tahun 6
2. Mohammad Syahmi B Rosli tahun 5
3. Mohamad Fauzan  Muazzam Bin Anuar tahun 5
4. Nah Aqil Hazmi Bin Ahmad Nah Rodz itahun 4



Memanah bertempat di SAM Sungai Haji Dorani.

Johan Memanah Daerah Sabak Bernam.
Ahmad Pirdaus Bin Saifullah




Ping-pong bertempat di SJK Sin Min.

1.Johan Bukan Cina- Muhammad Altaf  B Mohammad Mohdzir
2.Naib Johan Bukan Cina- Muhammad Ammar Iskandar Bin Mat Nuri

Bergu
1.Johan Bergu Bukan Cina- Nah Thaqif Rusyaidi B Ahmad Nah Rodzi     
                                -Zulhilmi Bin Khairi Ajmain

2.Naib Johan Bergu Bukan Cina- Muhammad Altaf B Mohammad Mohdzir
                                                      -Muhammad Ammar Iskandar Bin Mat Nuri

3.Tempat Ke Tiga Terbuka – Muhammad Altaf B Mohammad Mohdzir

4.Naib Johan Bergu Lelaki Terbuka
                                - Muhammad Altaf B Mohammad Mohdzir
                                -Muhammad Ammar Iskandar Bin Mat Nuri





Penyampaian hadiah di sijil disampaikan pada Perhimpunan Mingguaan  18 Februari 2013 oleh Guru Kanan Pentadbiran Tuan Hj Khamsani b Baharon.

Tahniah kepada pelajara yang berjaya,kesungguhan anda amat di hargai. Semoga menjadi pemangkin kepada pelajar yang lain.

Saturday, February 16, 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 2

LADAP kali kedua telah dijalankan pada hari Sabtu 16 Februari 2013.







 Pembentang: En Megat Fauzi b Megat Ibrahim.

Apakah itu ISO? 
ISO merujuk kepada INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION.Organisasi ini adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan  organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing.Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland. ISO 9000 kini digunakan di lebih 150 buah negara di dunia.

Kenapa Pensijilan ISO perlu?
a.       Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku;
b.       Kajian semula yang berterusan ke atas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan;
c.       Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap kali;
d.       Perlaksaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan; dan
e.       Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.

Untuk memahami lebih jelas mengenai ISO boleh didapati dicapaian ini   http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=276:iso-20-soalan-asas-1&catid=64:sjk&Itemid=129 dan http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=277:iso-20-soalan-asas-2&catid=64:sjk&Itemid=129

Pembentang kedua: Ustazah Suhana bt Mohd Ali.
Tajuk :Headcount.
 

Tuesday, January 22, 2013

Persaraan Guru Besar (Cikgu Musa b Ismail)

Cikgu Musa B Ismail mula berkhidmat sebagai Guru Besar  sekolah ini pada Julai 2009. Setelah menamatkan pengajiannya di Maktab Perguruan Temanggong Ibrahim pada 1975 beliau telah bertugas di SMK Bagan Terap sehingga 1990. Kemudian berpindah ke SMK Ungku Aziz sehingga 2001.Beliu menjawat Guru Penolong Kanan Kukurikulum di SK Simapang 4 BNO dari 2001 hingga 2008.Pada 2009 beliau menjadi guru Besar di SK Hulu Bernam sehingga Julai 2009 kemudian dipindahkan ke SK Tebok Jawa sehingga tiba hari persaraan pada 21 Januari 2013.

Pada malam sebelum persaraan,pihak Badan Kebajikan Guru dan Kaki tangan telah meraikannya di Malam Pra Persaraan.



Majlis PersaraanAnjuran PIBG telah dijalankan pada 21 Januari dengan begitu meriah sekali.






Selamat bersara Cikgu,semoga sentiasa di dalam kasih sayang Allah.

Friday, January 18, 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan

Tarikh 19 Januari 2013
Sabtu 8.00pg hingga 4.30petang.
Tempat:Makmal Komputer

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025


Pembentang:
1.Tuan Haji Kamsani b Bahron (GPK Pentadbiran)

Bab 1-Konteks dan Pendekatan
Bab 2-Visi & Aspirasi
Bab 3-Prestasi Semasa
Bab 4-Pembelajaran Murid.

2.En Zool Fadli b Mohd. Said(GPK HEM)

Bab 5-Guru dan Pemimpin Sekolah
Bab 6-Tranformasi Kementerian.

3.Tuan Hj Mohd Ali b Samsudin(GPK Koku)

Bab 7-Struktur Sistem.
Bab 8-Pelaksanaan Pelan tindakan.