Tuesday, January 22, 2013

Persaraan Guru Besar (Cikgu Musa b Ismail)

Cikgu Musa B Ismail mula berkhidmat sebagai Guru Besar  sekolah ini pada Julai 2009. Setelah menamatkan pengajiannya di Maktab Perguruan Temanggong Ibrahim pada 1975 beliau telah bertugas di SMK Bagan Terap sehingga 1990. Kemudian berpindah ke SMK Ungku Aziz sehingga 2001.Beliu menjawat Guru Penolong Kanan Kukurikulum di SK Simapang 4 BNO dari 2001 hingga 2008.Pada 2009 beliau menjadi guru Besar di SK Hulu Bernam sehingga Julai 2009 kemudian dipindahkan ke SK Tebok Jawa sehingga tiba hari persaraan pada 21 Januari 2013.

Pada malam sebelum persaraan,pihak Badan Kebajikan Guru dan Kaki tangan telah meraikannya di Malam Pra Persaraan.



Majlis PersaraanAnjuran PIBG telah dijalankan pada 21 Januari dengan begitu meriah sekali.






Selamat bersara Cikgu,semoga sentiasa di dalam kasih sayang Allah.

No comments:

Post a Comment