Thursday, October 4, 2012

Guru Penolong Kanan Pentadbiran Baru

Pada 1.10.2012 SK Tebok Jawa telah menerima seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang baru menggantikan En Mustaffa Kamal b Mohd Hilal. Beliau ialah Tuan Hj Khamsani bin Bahron yang sebelum ini berhidmat sebagai GPK HEM di Sk Sapintas Sabak Bernam.


Semoga beliau dapat menyesuaikan diri di sekolah ini dan memberi perkhidmatan dengan penuh dedikasi.

Monday, September 10, 2012

UPSR 2012

Selamat menduduki UPSR kepada calon-calon UPSR seluruh Malaysia khusus kepada pelajar SKTJ.

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”


Untuk menyemak jadual Peperiksaan sila layari link berikut;


Tuesday, September 4, 2012

Persaraan Cikgu Mustaffa kamal bin Hilal

SK Tebok Jawa.3 September 2012.

Warga sekolah Kebangsaan Tebok Jawa telah mengadakan program bagi meraikan persaraan Cikgu Mustaffa Kamal bin Hilal yang telah menamatkan dunia perguruannya pada 1 September 2012. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama PIBG sekolah ini.

Cikgu Mustafa Hilal ialah Guru Penolong Kanan Pentadbiran bagi sekolah ini sejak 2004. Beliau mula berhkidmat disekolah ini mulai tahun 1987. Selama berkhidmat disekolah ini terlalu banyak sumbangannya bagi mengangkat kejayaan sekolah terutama dalam bidang kurikulum.Beliau adalah seorang yang lurus,telus dan terlalu komited dalam tugasnya.Seorang yang tidak pandai menyimpan dendam dan meletakkan dirinya sentiasa dekat dengan Khaliknya.

Biodata mengenai Cikgu Mustaffa Kamal boleh di dapati di sini

Backdroop di pentas utama


Cikgu Mustaffa Kamal sedang turun dari rumahnya.

Cikgu Haji Ali sedang membukakan pintu untuk membawa Cikgu Mustaffa  ke Sekolah bagi meraikan persaraannya.

Cikgu Haji suparman sedang menyematkan bunga.

Menggunting reben di pintu gerbang


Di arak untuk masuk ke dalam Dewan Bakti


Dokumen yang perlu ditandatangani.

Ibu kepada Cikgu Mustaffa Kamal,Puan Roliah


Sedang melihat tayangan multimedia

 .

Antara hadiah yang diterima
Hadiah istimewa,kitab dari Tuan haji Idris ali,GurBesar SK Kg B anting dan sebuah lagi dari Tuan Sharif Musa.penjaga murid

Bersalaman dengan pelajar-pelajar 
Antara tetamu yang menunggu sehingga tamat program

Melepaskan burung simbul dari kebebasan.

Thursday, August 30, 2012

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan,Tahlil,Khatam Al Quran dan Sambutan Hari Raya.

Pada hari Khamis 29hb September telah diadakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan,Tahlil,Khatam Al Quran dan Sambutan Hari Raya serentak.

Majlis dimulakan jam 8pagi bermula ditapak perhimpunan. Murid-murid dan guru menyanyikan lagu Negara,Lagu Negeri Selangor dan Lagu sekolah.Kemudian ketua murid Mohd thalit b Masudi membacakan mengetuai Ikrar diikuti dengan bacaan doa dipimpin oleh  Muhammad Nafil Naufal bin Ahmad Mustain.

Murid-murid mendengar perutusan Hari kemerdekaan dari Perdana Menteri yang dibacakan oleh Cikgu ali Shamsudin.

Guru Besar memberikan ucapan dan memimpin laungan " Merdeka"

Jam 9.30 semua pelajar berkumpul di dalam Dewan Bakti.Ustaz Faiz telah memimpin bacaan tahlil dan acara Khatam Al Quran.

Guru-guru dan pelajar menikmati juadah Hari raya pada jam 10.30pagi di kantin sekolah.

Mereka bergaya dengan baju Raya


kuih Raya yang mereka bawa

Membaca ikrar


Ameen

Merdeka,Merdeka,Merdeka

Khatam al Quran


Selepas itu Proses P&P dijalankan seperti biasa.

Friday, August 3, 2012

Majlis Makan malam sempena persaraan.

Satu majlis makan malam sempena persaraan Cikgu Mustaffa kamal telah berjaya di jalankan dengan meriahnya.Majlis anjuran Badan Kebajika Guru dan kakitangn SKTJ ini telah diadakan pada 29 Ogos iaitu Rabu Malam Khamis,jam 8 malam bertempat di Dewan Bakti. Majlis ini dapt mengumpulkan smeua warga SKTJ bersama keluarga masing-masing.

Semoga majlis seperti ini dapat menjalinkan ukhuwah sesama warga SKTJ dan keluarga masing-masing.





Ibu Cikgu Mustaffa Puan Hajah Roliah dan bapa tirinya Tuan Hj Johari juga turut hadhir.


Wednesday, April 4, 2012

KURSUS MOTIVASI KEPIMPINAN(PENGAWAS,PUSTAKAWAN,KETUA KELAS DAN PENOLONG)

Tarikh: 31 Mac 2012
Hari:Sabtu
Masa:7.30 pagi hingga 5.00 petang.
Tempat:Institut Perakaunan Negara, Sungai Lang.

Seramai 27 orang pengawas,21 orang pustakawan dan 12 orang ketua kelas dan penolong telah mengikuti Program ini..
Aturcara pagi itu ialah setelah selesai pendaftaran meraka dimulakan dengan sessi ice breaking oleh Ustaz Hj Mohd Basri b Hj Sirat(Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Sabak Bernam. Untuk Slot kedua ialah Ceramah Motivasi Kepimpinan oleh Ustas Mohd Zamri b Samsudin(Pen PPD siasatan/aduan)






Untuk Sesi petang,aktiviti dipecahkan mengikut stesyen iaitu 
Stesyen 1-Amali berdoa
Stesyen 2-Amali Menaikan Bendera
Stesyen 3-Mengendalikan perhimpunan
Stesyen 4- Memperoses buku(Hanya untuk pustakawan)



 Mengendalikan Perhimpunan


Amali menaikan bendera


Memproses buku Perpustakaan


 Ucapan dari wakil Institut Perakaunan Negara, Pn Zulah.

Ucapan perasmian penutup oleh Sarjan Mejar Nordin b Bayok,ketua Polis balai 
Sg Ayer Tawar







Sunday, January 1, 2012

Selamat menempuh tahun 2012

Kepada semua guru dan kakitangan serta pelajar-pelajar  di ucapkan selamat menempun tahun 2012. Semoga bertambah motivasi untuk mencapai kaejayaan.