Thursday, August 30, 2012

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan,Tahlil,Khatam Al Quran dan Sambutan Hari Raya.

Pada hari Khamis 29hb September telah diadakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan,Tahlil,Khatam Al Quran dan Sambutan Hari Raya serentak.

Majlis dimulakan jam 8pagi bermula ditapak perhimpunan. Murid-murid dan guru menyanyikan lagu Negara,Lagu Negeri Selangor dan Lagu sekolah.Kemudian ketua murid Mohd thalit b Masudi membacakan mengetuai Ikrar diikuti dengan bacaan doa dipimpin oleh  Muhammad Nafil Naufal bin Ahmad Mustain.

Murid-murid mendengar perutusan Hari kemerdekaan dari Perdana Menteri yang dibacakan oleh Cikgu ali Shamsudin.

Guru Besar memberikan ucapan dan memimpin laungan " Merdeka"

Jam 9.30 semua pelajar berkumpul di dalam Dewan Bakti.Ustaz Faiz telah memimpin bacaan tahlil dan acara Khatam Al Quran.

Guru-guru dan pelajar menikmati juadah Hari raya pada jam 10.30pagi di kantin sekolah.

Mereka bergaya dengan baju Raya


kuih Raya yang mereka bawa

Membaca ikrar


Ameen

Merdeka,Merdeka,Merdeka

Khatam al Quran


Selepas itu Proses P&P dijalankan seperti biasa.

No comments:

Post a Comment