Seperti tahun-tahun sebelum ini murid akan dibawa keluar dari perkarangan sekolah untuk merasai suasana baru agar program yang dijalankan lebih berkesan. Sebelum ini sekolah pernah memilih lokasi seperti Kolej Komuniti,PKG Sabak Bernam,juga Kem-kem yang terdapat di sekitar Sabak Bernam.
Beberapa penceramah telah diundang untuk menjayakan program ini. Matematik oleh Tuan Hj Khalid bin Ali dari SRK Khir Johari. Bahasa Inggeris oleh Cik Zarina bt Mokhsin dari Sk Sri Bahagia.Sains Oleh Puan Junaidah bt Zamzam dari SK Batu 38.Bahasa Malyasia oleh Puan Hajah Radziah bt Hasbullah dari SK Sementa,Kelang.
Sebagai sokongan,semua guru-guru SK Tebok Jawa turut sama berkampung di sini agar calon-calon lebih bermotivasi. Mari kita sama-sama mendoakan calon-calon UPSR SK Tebok Jawa dapat mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini.
No comments:
Post a Comment