Sunday, November 28, 2010

Cara-cara mengisi masa cuti sekolah dengan berfaedah.(Karangan Syarahan)

   Selamat pagi diucapkan kepada yang berusaha Puan Pengerusi Majlis,yang dihormati Tuan Guru Besar ,Encik Musa bin Ismail,para hakin yang adil lagi saksama,guru-guru,dan rakan yang dihormati sekalian.Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah,"Cara-cara Meengisi Masa Cuti Sekolah dengan Berfaedah".

Hadirin sekalian,
    
    Cara pertama yang saya fikir wajar untuk pelajar mengisi masa cuti sekolah secara berfaedah adalah dengan mengulangkaji pelajaran masing-masing ataupun belajar secara berkumpulan dengan kawan-kawan.Melalui cara ini sudah pasti dapat membantu pelajar untuk memahirkan diri.

    Bagi sebilangan pelajar yang gemar akan aktiviti luar bilik darjah,musim cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu.Mereka akan dapat menggembara,menjelajah,mendaki gunung,atau berekspedisi ke tempat-tempat idaman mereka.Kegiatan    sebegini mengurangkan tekanan yang dihadapi sepanjang masa belajar.

    Seterusnya pelajar-pelajar yang tiada rancangan untuk ke mana-mana,masa cuti bolehlah digunakan untuk menolong ibu bapa di rumah.Kerja-kerja yang dapat dilakukan termasuklah membersihkan rumah dan kereta dan sebagainya.Pertolongan yang dihulurkan itu berupa suatu cara untuk membalas budi ibu bapa kita yang telah banyak berkorban selama ini.

Hadirin yang dihormati,

    Pelajar-pelajar bolehkan juga memilih untuk melakukan kerja-kerja sambilan semasa cuti sekolah.Kerja sambilan yang dilakukan biarlah dapat mematangkan diri anda sebagai pelajar.

    Sebelum mengundurkan diri,saya berharap agar syarahan ringkas saya ini dapat membantu para pelajar dalam merancang aktiviti yang akan dilakukan pada musim cuti sekolah yang akan datang.Sekian,terima kasih.






 Petikan syarahan diatas di adaptasi dari  sini

2 comments:

  1. terima kasih kerana karangan ini sahaje boleh membantu saya hendak membuat h/w ini thanks ya!!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana karangan ini tolong sye untuk buat kaangan :homework!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete