Sunday, February 21, 2010

Majlis Perjumpaan Penjaga Murid tahun 6 UPSR 2010





Guru Besar En Musa b Ismail sedang memberi Ucapan.



Pn Khalimah,Guru kelas tahun 6,guru Bahasa malaysia dan Matematik sedang membuat kenyataan.



Cik Hafizatul Hamimi,guru Bahasa Inggeris sedang memberi penerangan.

Guru Sains,Pn Hasmimi tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus kesihatan di ILDAS,tempat beliau digantikan leh Pn Hjh Hasimah yang perpengalaman memeriksa kertasUPSR dari tahun 2005 hingga 2010,foto beliau tidak dapat di paparkan kerana beliau yang memegang kamera.







Analisa keputusan UPSR dari 2007 hingga 2009.


Keputusan telah dipersetujui bahawa untuk peningkatan UPSR 2010

1.Kelas tambahan setiap Sabtu 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari
2.Kelas bBahasa inggeris setiap Isnin malam Selasa dan Rabu Malam Khamis dari 8.30pm hingga 10.00pm.
3.Membaca Yasin dan Solat Hajat untuk ibubapa sebulan sekali pada malam kelas BI.
4.Memabaca Yasin dan Slat hajat di malam hari pertama sebelum Peperiksaan dijalankan.
5.Ibu bapa dikehendaki memantau anak-anak belajar di rumah dengan mebuatkan jadual belajar.
6.Ibu bapa memantau pemakanan anak-anak supaya mengelakan makanan yang meudaratkan kesihatan dan ingatan.

Semga kejayaan yang lebih tinggi akan dapat di raih,bila kerjasama dipertingkatkan

Monday, January 4, 2010

Hari pertama murid tahun 1 di sekolah



Dalam kelas tahun 1,Farah Fatehah dan ibunya Ustazah Noraini



Pak Cik Rosli,bapa mithali



Adik Nurinna dan ibunya Pn Salasiah



Farah Fatehah pertama kali memebeli makanan di kantin

Sunday, January 3, 2010

Setkan minda,emosi,tenaga dan mula........

Assalamualaikum untuk sessi persekolahan 2010

Bila tahun berganti,perubahan adalah pasti,pelajar yang datang mengganti pelajar yang pergi,guru yang datang mengganti guru yang pergi.Semuanya telah di tentukan Ilahi.Untuk kehidupan dipenuhi warna-warni,tidak lah nanti jemu dihati.Agar kita semua lebih bermotivasi,mendidik anak-anak bumi pertiwi,menjadikan mereka berjiwa manusiawi.

Pada guru yang pergi agar mendapat kegembiraan di tempat baru.Segala kepahitan di kenang jangan,segala kemanisan jadikan ingatan.Pada yang tinggal sentiasa mendoakan semoga ukhuwah sentiasa berterusan.

Pada guru baru selamat datang,Berbijaksanalah menyesuaikan diri dan iklim dan suasana.Suka atau pun tidak jangan di fikirkan.Ilmu yang ada cuba dicurahkan,pada yang lama jadikan rujukan.

Salam Hijrah kepada


Cikgu Haslina


dan Madam Syima

Terimakasih atas segala kenangan dan kemesraan dan,halalkan segala pemberian dan apa jua yang kami gunakan,maafkan segala kekhilafan,Senyuman anda akan menjadikan kami kerinduan.

Thursday, December 17, 2009

Jadual Bertugas sepanjang cuti sekolah



Kepada yang telah bertugas,tahniah semoga gaji anda di akhir bulan mendatangkan kerahmatan kepada keluarga anda,kepada yang belum bertugas harap jangan di lupa-lupakan,pastikan rezeki yang anda berikan kepada keluarga anda adalah rezeki yang halal,kepada yang terlepas kerana terlupa,gantikanlah dengan masa yang lain.Semoga sel-sel darah yang terbina dalam tubuh anak-anak anda adalah dari sumber yang di RedhaiNYA.

Selamat bertemu di dalam Mesyuarat Guru hari Isnin

Wednesday, December 16, 2009

Mengenai 1 Muharam

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Esok kita dah masuk Tahun Baru bagi umat Islam, iaitu Tahun 1430 Hijrah. Tahun Hijrah bermula dengan bulan Muharam dan berakhir dengan bulan Zulhijjah. Ini berbeza dengan Tahun Masihi yang dimulakan dengan Januari dan berakhir dengan Disember.

Sejarah Tahun Hijrah bermula dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah akibat penentangan orang kafir Mekah di samping pelawaan oleh golongan Ansar yang menyokong Nabi di Madinah. Dalam konteks lebih luas, hijrah bermaksud kita berusaha meninggalkan sesuatu yang buruk dan menuju kepada keadaan yang lebih baik.

Marilah kita baca Doa Akhir Tahun pada petang ini (sebelum maghrib) dan Doa Awal Tahun selepas maghrib kelak, semoga kita mendapat kebaikan dari tahun yang ditinggalkan dan keberkatan dalam tahun yang akan datang, Insya Allah. Bacaannya seperti berikut:

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Selamat untuk semua.......

Selamt bercuti.....
Selamat Hari Raya Idul Adha
Selamat menyambut Maal hijarah
Selamat bertugas pada guru-guru SKTJ mengikut Jadual....
Selamat berjumpa untuk mesyuarat...


Ya Allah Ya tuhan Kami Selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat