Friday, September 3, 2010

Seloka raya dari SKTJ






Hari raya menjelang tiba
Kanak-kanak paling gembira
Tamat sudah bulan puasa
Ibubapa apa kurangnya
Anak-anak berkumpul bersama
Menambah ,meriah di hari raya

Hari raya yang bakal menjelma,
Penuh sesak kenderaan di jalanraya,
Distesyen bas apa kurangnya,
Keselmatan diri janganlah lupa,
Kalau mengantuk berhenti seketika
Sebelum menyesal seumur hidup kita.

Hari raya yang bakal menjelma
Anak perantau pulang ke desa
Yang dah bekerja penuh dompetnya,
Rezeki tuhan kongsilah bersama,
Carilah peluang untk berderma.
Yang belum bekerja mengunggu pungutan duit raya,
Juga yang menderita di Pakistan sana,
Hartabenda musnah semua,
Nasib kita belum tentu juga.


Bila sudah sampai kepangkuan keluarga
Janganlah jadi tuan layaknya
Ibubapa menjadi hamba
Anak hanya membesarkan taik mata
Dalam al quran sudah nyata
Diakhir zaman rami ibu melahirkan tuannya.
Nanti kamu akan dibalas sama
Bila kamu sudah ada keluarga.

Hari raya menjelang tiba,
Walaupun semuanya sudah bergembira
Pada calon peperiksaan jangan lah alpa
Hendak makan biarlah berpada.
Kesihatan diri perlu dijaga
Sebab mulut badan binasa.
Buku dan nota jengoklah juga.
Hari penentuan juga akan menjelma
Masa hadapan terletak ditangan kita

Bila Hari raya sudah menjelma
Saling berkunjunglah kita bersama
Yang dah berumah tangga,
lawatlah emak mertua dan saudara mara,
janganlah pergi sudara sebelah kita sahaja,
Bagi yang belum berumah tangga
janganlah kamu pergi berdua.
kerana iblis turut serta
Di bulan Syawal membuat dosa.

Hari raya menjelang tiba
Ampun maaf kami meminta
Kesalahan lalu maafkan segera
Agar ketenangan hidup dirasai bersama.
Tiada hutang jiwa kita di alam sana.

GPM SKTJ 25 Ramadhan 1431

Sunday, June 6, 2010

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti kepada semua pelajar SK Tebuk Jawa. Semoga memunafaatkan hari-hari percutian anda sebaik-baiknya.

Kepada calon-calon UPSR 2010,sila hadhirkan diri dalam kelas tambahan semasa cuti,bagi meningkatkan prestasi anda.

Kepada pelajar-pelajar lain sila selesaikan semua kerja rumah yang guru-guru anda bekalkan.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada semua pelajar-pelajar SK Tebok jawa dari hari Isnin 31 Mei hingga Jumaat 4 Jun 2010. Mudah-mdahan kalian di mudahkan urusan dan dapat menjawab semua kertas peperiksaan.Semoga Allah menggolongkan kalian dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.

Friday, April 9, 2010

Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah


Mohammad Daniel bin Eswan,pelajar tahun 6 SK Tebok Jawa telah berjaya mendapat tempat sebagai Naib Johan dalam Kejohanan Catur MSSD yang bertempat di SMKA Simpang Lima pada Rabu 30Mac 2010. Pada masa ini beliau sedang giat menjalani latihan pusat untuk mewakili Daerah Sabak Bernam.Semoga berjaya melangkah ke hadapan.

Thursday, March 25, 2010

Kejohanan Bola Jaring MSSD(R) Sabak Bernam 2010



Pada 24 Mac telah MSSD telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring MSSD(R) Sabak Bernam 2010,Bertempat di SK Simpang 4 BNO,Sabak Bernam sebagai tuan rumah. Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut. Mereka turut mengambil bahagian dengan semangat kesukanan, berjaya memasuki peringkat separuh akhir.Walaupun bertemu dengan pasukan gergasi dari sekolah bandar seperti SK Sri Makmur dan SK Sri Utama. Pasukan SKTJ tidak membawa pulang jaringan kosong. Setiap perlawanan mendapat jaringan. Tahniah juga kepada para jurulatih bola jaring di ketuai oleh Pn Dewi Puspita dan dibantu oleh Cikgu Hafizun dan Cikgu Hasimah,yang masih segar bersemangat demi memberi pengalaman kepada anak didik mereka. Semangat Cikgu-cikgu di harap akan memberi suntikan kepada guru-guru yang baru.Ketahuilah apabila kita terjun kedalam bidang perguruan pengorbanan kita bukan hanya dari segi masa tetapi juga wang ringgit dan kesungguhan.



Kagum dengan kesungguhan pemain.


Setiap kali tamat permainan,bersalaman dengan para pengadil.


Pasukan Bola jaring SKTJ


Bersama Jurulatih Cikgu Dewi Puspita dan Cikgu Hafizun,Cikgu Hasimah mengambil gambar..


Pasukan pemain dan pasukan pelapis 2011.Semoga pasukan pelapis 2011 mendapat inspirasi dari pengalaman mereka melihat sendiri pasukan dari sekolah lain beraksi.

Saturday, March 13, 2010

SAMBUTAN MAULUDUR RASUL SAW PERINGK AT SEKOLAH

Tarikh:12 MAC 2010 BERSAMAAN 26 RABIUL AWAL 1431
Hari: Jumaat
Masa: 9.15 pagi - 12.oo tengahari
Penceramah: Ust Hj Ahmad Zamri b Shamsuddin(Penolong Pengarah Bahasa Arab,Jabatan Pelajaran Selangor)
Anjuran :Panitia Pendidikan Islam, SK Tebok Jawa.

Aturcara

9.15pagi-Perarakan
10.10pagi-Majlis dimulakan
-Alunan Nasyid dan Salawat.
-Ucapan perasmian
-Ceramah
-Kuiz
-Jamuan










Sabda Nabi SAW"DAri Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulillah bersabda :Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."(Hadis At-Tirmidzi)

Sunday, March 7, 2010

KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2010







Ustazah Suhana (Guru J Qaf)

Ustaz Abd RAzak(Aktiviti Kumpulan)


Latihan Solat