Hari raya menjelang tiba
Kanak-kanak paling gembira
Tamat sudah bulan puasa
Ibubapa apa kurangnya
Anak-anak berkumpul bersama
Menambah ,meriah di hari raya
Hari raya yang bakal menjelma,
Penuh sesak kenderaan di jalanraya,
Distesyen bas apa kurangnya,
Keselmatan diri janganlah lupa,
Kalau mengantuk berhenti seketika
Sebelum menyesal seumur hidup kita.
Hari raya yang bakal menjelma
Anak perantau pulang ke desa
Yang dah bekerja penuh dompetnya,
Rezeki tuhan kongsilah bersama,
Carilah peluang untk berderma.
Yang belum bekerja mengunggu pungutan duit raya,
Juga yang menderita di Pakistan sana ,
Hartabenda musnah semua,
Nasib kita belum tentu juga.
Bila sudah sampai kepangkuan keluarga
Janganlah jadi tuan layaknya
Ibubapa menjadi hamba
Anak hanya membesarkan taik mata
Dalam al quran sudah nyata
Diakhir zaman rami ibu melahirkan tuannya.
Nanti kamu akan dibalas sama
Bila kamu sudah ada keluarga.
Hari raya menjelang tiba,
Walaupun semuanya sudah bergembira
Pada calon peperiksaan jangan lah alpa
Hendak makan biarlah berpada.
Kesihatan diri perlu dijaga
Sebab mulut badan binasa.
Buku dan nota jengoklah juga.
Hari penentuan juga akan menjelma
Masa hadapan terletak ditangan kita
Bila Hari raya sudah menjelma
Saling berkunjunglah kita bersama
Yang dah berumah tangga,
lawatlah emak mertua dan saudara mara,
janganlah pergi sudara sebelah kita sahaja,
Bagi yang belum berumah tangga
janganlah kamu pergi berdua.
kerana iblis turut serta
Di bulan Syawal membuat dosa.
Hari raya menjelang tiba
Ampun maaf kami meminta
Kesalahan lalu maafkan segera
Agar ketenangan hidup dirasai bersama.
Tiada hutang jiwa kita di alam sana .
GPM SKTJ 25 Ramadhan 1431
No comments:
Post a Comment