LADAP kali kedua telah dijalankan pada hari Sabtu 16 Februari 2013.
Pembentang: En Megat Fauzi b Megat Ibrahim.
Apakah itu ISO?
ISO merujuk kepada INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION.Organisasi
ini adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari
seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara
masing-masing.Ia
ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva
Switzerland. ISO 9000 kini digunakan di lebih 150 buah negara di dunia.
Kenapa Pensijilan ISO perlu?
a. Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku;
b. Kajian semula yang berterusan ke atas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan;
c. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap kali;
d. Perlaksaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan; dan
e. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.
Untuk memahami lebih jelas mengenai ISO boleh didapati dicapaian ini http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=276:iso-20-soalan-asas-1&catid=64:sjk&Itemid=129 dan http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=277:iso-20-soalan-asas-2&catid=64:sjk&Itemid=129
Pembentang kedua: Ustazah Suhana bt Mohd Ali.
Tajuk :Headcount.
No comments:
Post a Comment