Wednesday, October 31, 2012

Lawatan KLIA dan Snow walk i City Shah Alam.

Pada 30.10.2012 Sera mai 40 pelajar tahap 2 telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur dan Snowwalk i City Shah Alam.

Bas bertolak dari Sekolah pada jam 7.30 pagi dan tiba di KLIA pada jam 10 pagi. Guru yang mengiringi lawaan ialah Pn Hasimah Zailani,Pn Khalimah Kastor,Ustaz Faiz Fairuz,Ustazah  Suhana dan En Ezri.





Peserta lawatan meninggalkan KLIA pada jam 12.30 dan berhenti di R&R Dengkil untuk solat Zuhur dan makan tengahari.





Tiba di i City Shah Alam pada jam 3.00petang dan masuk dalam Snow walk sehingga jam 4.30petang. Oleh kerana hujan yang terlalu lebat peserta lawatan tidak dapat memasuki bas sehingga jam 5.15 petang. Bas bertolak meninggalkan Shah Alam pada jam 6.00 petang. Dalam perjalanan   peserta lawatan singgah di Tesco Kuala Selangor. Di Masjid Sekinchan peserta berhenti untuk solat Maghrib.

Peserta tiba di sekolah pada jam 8.30 malam dengan selamat. Alhamdulillah


No comments:

Post a Comment