Thursday, December 17, 2009

Jadual Bertugas sepanjang cuti sekolah



Kepada yang telah bertugas,tahniah semoga gaji anda di akhir bulan mendatangkan kerahmatan kepada keluarga anda,kepada yang belum bertugas harap jangan di lupa-lupakan,pastikan rezeki yang anda berikan kepada keluarga anda adalah rezeki yang halal,kepada yang terlepas kerana terlupa,gantikanlah dengan masa yang lain.Semoga sel-sel darah yang terbina dalam tubuh anak-anak anda adalah dari sumber yang di RedhaiNYA.

Selamat bertemu di dalam Mesyuarat Guru hari Isnin

Wednesday, December 16, 2009

Mengenai 1 Muharam

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Esok kita dah masuk Tahun Baru bagi umat Islam, iaitu Tahun 1430 Hijrah. Tahun Hijrah bermula dengan bulan Muharam dan berakhir dengan bulan Zulhijjah. Ini berbeza dengan Tahun Masihi yang dimulakan dengan Januari dan berakhir dengan Disember.

Sejarah Tahun Hijrah bermula dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah akibat penentangan orang kafir Mekah di samping pelawaan oleh golongan Ansar yang menyokong Nabi di Madinah. Dalam konteks lebih luas, hijrah bermaksud kita berusaha meninggalkan sesuatu yang buruk dan menuju kepada keadaan yang lebih baik.

Marilah kita baca Doa Akhir Tahun pada petang ini (sebelum maghrib) dan Doa Awal Tahun selepas maghrib kelak, semoga kita mendapat kebaikan dari tahun yang ditinggalkan dan keberkatan dalam tahun yang akan datang, Insya Allah. Bacaannya seperti berikut:

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Selamat untuk semua.......

Selamt bercuti.....
Selamat Hari Raya Idul Adha
Selamat menyambut Maal hijarah
Selamat bertugas pada guru-guru SKTJ mengikut Jadual....
Selamat berjumpa untuk mesyuarat...


Ya Allah Ya tuhan Kami Selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat

Friday, November 20, 2009

Selamat Bersara........



Selamat bersara kepada En Rostam Sharum b Tawab(Pak Tam),Kerani sekolah bertugas di SK Tebok Jawa sejak tahun 1990 hingga sekarang

Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Inang-inang padi pak daik
bunga padi tak sama bentuknya
sungguh dikenang budi yang baik
takkan dilupa selama-lamanya…

Wednesday, November 18, 2009

Syabas!

Keputusan UPSR 2009
Mendapat 5A

Nah Izzati Itqan bt Nah Rodzi
Mohd Sobri b Mashudi
Anis Nazahah bt Mohd Amin

4A 1B
Mohd Fadhil Rusdan b Zulkifli
Rafidah bt Rashid

Peratus pencapaian UPSR 82.9%


Tuesday, November 10, 2009

Penghujung yang semakin sebok




  • Sebelum ini sering diperkatakan bahawa diantara sebab kemerosotan disiplin pelajar ialah apabila guru-guru terlalu banyak kerja sampingan ataupun guru-guru menghadhiri kursus dan sebagainya menyebabkan P&P tidak dapat berjalan lancar. Pelajar terlalu banyak luangan masa untuk mereka bermain terutamanya selepas musim peperiksaan.Di penghujung tahun begini,setelah peperiksaan akhir tahun berlangsung,tentunya guru-guru sebok menguruskan keputusan peperiksaan seterusnya menyediakan kad prestasi,kad PLBS dan berbagai-bagai jenis kad lagi yang akan di persembahkan kepada ibubapa nanti.Sukatan pelajaran pun telah tamat,buku-buku teks pun telah dipulangkan dan di susun di bilik BOSS. Guru-guru yang berkursus pun silih berganti,di hujung tahun begini barulah peruntukan untuk aktiviti PPD turun,jadi tiap-tiap unit di PPD pun berebut-rebut mencari hotel untuk diisi dengan guru-guru bagi mengikuti kursus yang rancangkan.
  • Bagi pelajar pula ini adalah hari meredeka pada mereka.Bagaimana mereka boleh duduk diam di atas kerusi tanpa apa-apa aktiviti yang dijalankan.Jadi janganlah disalahkan mereka jika mereka bising dan berbuat onar sesuka hati.
  • Menyedari perkara ini pihak sekolah telah mengarahkan unit Bimbingan dan Kaunsling untuk merencang sesuatu program. Menyedari murid tahap 2 sudah mula memasuki awal remaja,maka mereka perlu didedahkan dengan perkara-perkara yang baru dalam kehidupan awal remaja.Bagi pelajar perempuan pula,mereka telah mulai mengalami beberapa perubahan dalam hidup mereka.Mereka juga perlu di beri bimbingan bagaimana mengatasi apa-apa jua perubahan yang berlaku.Apakah hak-hak mereka sebagai remaja wanita.Bagi pelajar lelaki pula,mereka perlu diberi pengetahuan tentang remaja dan tanggungjawab mereka.
  • Pada hari ini pelajar lelaki dan perempuan di pisahkan,bagi yang lelaki dikumpulkan dalam satu kelas di bawah pimpinan Ustaz Razak dan bagi perempuan pula di dewan di bawah pimpinan Ustazah Rosnah.Di sini mereka boleh bersoaljawab dengan bebas mengenai apa jua masalah yang mereka hadapi.
  • Semoga mereka memasuki alam remaja dengan penuh cemerlang.

Program Menangani Masaalah Juvana




Unit Bimbingan dan Kaunsling SK Tebok Jawa telah mengadakan Program Menangani Masaalah Juvana. Penceramahnya ialah Sarjan Mohd Noor Izhan bn Mohd Sabri Dari Balai Polis Sabak Bernam

Ceramah bermula jum 10.30 hinga 12.00 tengahari.Murid-murid didedahkan dengan pengetahuan apa itu jenayah, jenis- jenis jenayah dan hukuman bagi jenayah yang di lakukan.Penyampaian yang amat baik disertakan slaid-slaid dari persembahan powerpoint yang cantik,menarik minat murid untuk mengikuti isi ceramah hingga tamat.

Di akhir ceramah di adakan kuiz berkaitan pengetahuan am, tentang keselamatan dalam negeri.Murid-murid berebut-rebut menjawab soalan untuk mendapatkan hadiah yang di sediakan oleh pihak polis sendiri.

Program sebegini patut sering dijalankan di semua sekolah kerana ada di kalangan murid-murid yang tidak menyedari bahawa mereka juga terlibat, samada melakukan atau mangsa jenayah.

Friday, November 6, 2009

Pasangan seiras


Hanya insan yang rapat dengan mereka sahaja yang dapat membezakan yang mana satu Nazren(Aren)yang mana satu Nazrun(Arun)Yang mana satu Azli Aizat(Abang) yang mana satu Azri Aizat(Adik). Mereka berempat ni murid tahun 5 yang terkenal dihuni oleh peria-peria aktif.

Arun dan Aren si kembar yang tidak sekata sehati,Aren akan mengadu pada cikgu "Cikgu,Arunkan,dia tak buat kerja" Arun pulak "Cikgu Arun kan dia ambik pensel cikgu bawak balik"

Cikgu pernah bertanya pada meraka berdua "Arun,Aren,kamu berdua kan pernah duduk dalam perut emak sama-sama? kenapa suka gaduh?Arun sayang kat Aren?" "Sayang"Jawab Arun. Aren menyampuk "Mananya sayang,dia selalu buat pasal"."Habis Aren sayang tak pada Arun?" tanya cikgu lagi. "Sayang lah jugak". "Owh jadi Aren sayang kat Arun.Arun pulak sayang kat Aren,tapi dua-duanya sayanglah,kalau cikgu ambik Arun duduk rumah cikgu jadi anak cikgu Aren bagi tak?". Kedua-duanya geleng kepala serentak.


Abang dan Adik pula si kembar yang saling melindungi satu sama lain,ada kala Adik akan beri Abang meniru semasa peperiksaan.Abang pula rela mengoyakan ukunya untuk di beri pada Adik yang tidak membawa buku latihan.Jangan ada sesiapa yang menggangu kedua mereka kerana Abang atau Adik pernah memberi tendangan kilat pada pengganggu pasangan mereka.

Cikgu yang tidak punya pengamatan yang kurang baik akan memanggil kedua-dua mereka bila berkomunikasi dengan mereka.

Thursday, November 5, 2009

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian

Hari Sabtu 7 November SK Tebok Jawa akan mengadakan sukan dwitahunan yang ke 22. Minggu ini guru dan murid sebok dengan sessi pemilihan peserta dan juga latihan. Hanya dalam tempoh seminggu sahaja latihan dapat di jalankan sebab pada minggu lepas peperiksaan akhir tahun di jalankan.

Risiko yang diambil bila sukan diadakan pada hujung tahun ialah cuaca hujan yang melanda.

Dengan keadaan padang yang dhaif,maka beginilah situasi yang berlaku.


Malang bagi peserta yang dapat lorong di bawah,sepecut mana larian,akan terganggu konsentrasinya.



Kalau budak-budaklah jua,mana boleh tahan, lubuk di depan mata.Bila dapat merasa berkubang macamni, ini pemandangan waktu pagi di hari pertama latihan,air lopak sejernih air kali,bila tiba hari ke empat,lopak sudah menjadi seperti petak bendang.Bau apalah lagi.

Tuesday, October 27, 2009

SELAMAT UNTUK CIKGU ALI


SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI AL MUKARRAMAH KEPADA CIKGU ALI SAMSUDDIN (GPK KOKURIKULUM)SUAMI DAN ISTERI YANG AKAN BERANGKAT PADA 29OKTOBER MELALUI PENERBANGAN KT31.
SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR

Petang tadi 27 Oktober Cikgu Ali mengadakan Jamuan khenduri doa selamat sempena keberangkatan beliau,semua warga SK Tebok Jawa dan keluarga hadhir beramai-ramai.

PEPERIKSAN SEMESTAR AKHIR 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMESTER AKHIR 2009 KEPADA SEMUA MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN TEBOK JAWA
SEMOGA PRESATASI KESELURUHAN MENINGKAT DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Sunday, October 25, 2009

Taman Herba SKTJ




Minggu ni,dalam guru-guru dan pelajar sebok menghadapi minggu peperiksaan,tidak dapat dielakan kena menyebokan diri dalam menghadapi rombongon penilai Taman Herba untuk menilai calon yang akan mendapat anugerah semasa Hari Q PPD hujung tahun ini. Pada tahun 2008 Taman Herba SKTJ telah memenangi hadiah RM1000 dari PPD atas anugerah yang kami capai.
Tertubuhnya Taman Herba ini adalah hasil kerja keras Pn Dewi Puspita dan Puan Hamsiah.Pada asalnya Pn Dewi Puspita menubuhkan untu Taman Herba SPBT,tetapi telah dikembangkan pula oleh Pn Hamsiah. Dengan di bahagikan kepada Taman Herba Ubatan,Sayuran dan Ulaman.
Disamping mereka berdua tidak ketinggalan juga penghargaan pada guru-guru lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Pihak lain yang terlibat secara langsung ialah pekerja swasta yang terdiri dari Puan Kiah,Pn Rahimah dan puan Esah. Tidak lupa juga Pakcik Jaga yang amat ringan tulang tolong mengindahkan taman dengan kerja-kerja pertukangannya.
Dari apa yang kita perhatikan,yakinlah kita bahawa kejayaan sesuatu program itu adalah atas usaha bersama rakan sepasukan, sesuatu kerja atau tugasan itu walau berat dan sukar mana sekalipun tetapi kalau kita bekerja dengan rakan-rakan yang sama toleransinya dengan hati yang ikhlas dan gembira.....Insyaallah......kejayaan menunggu kita.

Wednesday, October 21, 2009

Hari Keluarga Kelab Kebajikan Guru




Pada 16Mei yang lalu kelab kebajikan guru telah mengadakan hari keluarga di D Palma Resort kuala Selangor. Semua ahli bersama keluarga masing-masing telah mendaftar di resort pada jam 2.00 petang 16hb Mei.selepas Solat Asar semua ahli turun ke padang untuk menyertai acara sukaneka.Acara sukaneka telah disusun dan djalankan oleh pihak resort. Ahli dan keluarga menikmati hidangan yang dibawa oleh setiap ahli antaranya ialah mee goring,spegeti,kuih muih,agar-agar,kekacang,cocktail dan sebagainya.Selepas tamat sukaneka anak-anak tidak melepaskan peluang menggunakan kolam renang sepenuhnya.

Selepas Maghrib peserta turun ke dewan untuk menikmati makan malam. Sambil menikmati makan malam diadakan ucapan-ucapan dari guru besar,Pengerusi Badan dan Penyempaian Hadiah.

Program hari keluarga ini telah berjaya mencapai objektif dan matlamatnya .Semoga ukhwah dan persaudaraan terus kukuh dan di rahmati Allah.

Bubur lambuk

Pada bulan Romadhon yang lepas,Kelab Kebajikan Guru-guru dan Murid telah mengadakan program "Masak Bubur Lambuk" Bubur lambuk yang dah siap di agih-agihkan kepada para pelajar dan masjid-masjid berhampiran. Semua warga SKTJ termasuk guru,kakitangan,pekerja dan pelajar turut trlibat sama menjayakannya.

Antara bahan-bahannya ialah

Dan yang paling penting ialah insan ini,tukang masaknya "Pak Tam"






Sesiapa yang pernah menikmati bubur lambuk di Masjid Jamek SabakBernam pasti sudah pasti merasai kelazatannya dan ianya adalah hasil air tangan insan ini.Tapi malangnya usianya di SKTJ tinggal beberapa hari lagi,beliau akan menamatkan perkhidmatan pada November ini.

Selamat Datang

Sekolah Tebok Jawa telah melangkah memasuki dunia blog,rasanya tidak terlalu kelewatan untuk kami memperkenalkan sekolah kami di ruangan maya ini. Semoga ianya memberi faedah untuk semua.